Ramai Yang Bermula, Tapi Kenapa Tak Semua Berjaya?

Seorang sahabat saya pernah mengajak saya ke satu program motivasi perniagaan. Memandangakan saya tidak dapat bersama-sama, beliau pergi seorang diri. Pada mulanya beliau agak kecewa kerana saya menolak “Aku taknak berjaya sorang-sorang katanya”.

Maka beliau pun hadir je sana. Bila saja beliau balik of course saya tanya apa yang dipelajari dalam program tu.

Kata beliau macam ni “Hmmm.. banyak la benda.. tapi tu lah, nak kena buat lah”

Dan ia tinggal sejarah saja.

Dari pengalaman saya mengendali team iReach selama 8 tahun ini, itu sajalah perkara yang membezakan antara yang berjaya dan tidak – buat atau tak buat.

Yang berjaya adalah mereka yang melalukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh. Walaupun tak faham betul2, mereka cuba dan dari situ mereka belajar.

MASTER SHAKLEE

Yang menunggu masa sesuai, tak akan jumpa masa yang sesuai… yang menunggu ilmu cukup, takkan sampai ke ilmu yang cukup… akhirnya terus tak buat-buat.

Sesetengah orang suka belajar. Hadir kelas sana-sini, pergi program sana-sini… tapi balik-balik masih ada rasa “Aku tak mahir lagi, mesti pergi kelas lain lagi” dan tak buat-buat.

Untuk menjadi mahir sebenarnya kita mesti buat. Ilmu yang dipelajari tanpa ada tindakan dalam masa 24 jam akan hilang dah dilupakan. Berapa ramai antara kita yang bila je balik dari program, masih bernanti-nanti, tunggu masa sesuai, etc. Akhirnya bila ada masa, dah lost tak tahu nak buat apa.

BISNES SHAKLEE RYG

Oleh itu jangan tambahkan statistik ‘yang bermula tapi tak berjaya’ dengan bertangguh dan menunggu lagi. Hanya perlu buat tindakan segera saja.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Instagram