Saya masih ingat semasa saya belajar dulu. Kami menerima wang biasiswa sebanyak RM500 untuk satu semester. Untuk duit makan, memang lebih dari cukup. Tapi kita jiwa remaja bukan perlukan duit untuk makan saja, kita ada banyak agenda nak buat, bukan? Bagaimana nak cari duit lebih? Anak orang kaya mungkin boleh bermewah dengan duit emak bapa mereka…. tapi kalau mak ayah kita pun cukup-cukup makan, di mana kita nak minta duit?

Di sini saya nak kongsikan 15 bisnes yang sesuai dilakukan oleh pelajar universiti. Yang tidak perlukan modal besar dan boleh dilalukan bila-bila waktu di masa lapang!

  1. Beli buku teks terpakai dan jual kepada rakan-rakan sekampus atau pun universiti lain secara online.
  2. Sewakan bilik sewa anda (sekiranya menyewa) semasa bercuti.
  3. Jadi runner untuk delivery di sekitar kampus.
  4. Membuat servis menukar format CD kepada MP3.
  5. Jadi instructor untuk online course.
  6. Freelancer dgn menggunakan skill yang dimiliki, contohnya membina website, membuat terjemahan, dsb.
  7. Khidmat hadiah dan hamper untuk pelajar di kampus.
  8. Ambil gambar dan jual di picfair.com.
  9. Perkhidmatan proofreader.
  10. Menjual set ‘welcome pack’ kepada pelajar baru.
  11. Menjalankan perkhidmatan mengutip baju dobi pelajar.
  12. Tulis blog yang menarik sehingga menarik perhatian pemilik bisnes lain untuk advertorial.
  13. Buat vlog atau vine hingga menjadi viral.
  14. Hasilkan majalah e-classified untuk peniaga lain mengiklankan bisnes mereka.
  15. Menjalankan bisnes Shaklee tanpa modal dengan bantuan mentor terbaik Malaysia.

Yang mana satu yang sesuai? Perlu buat sedikit kajiselidik diri sendiri, yang mana satu yang sanggup difokus dan dijalankan hingga berjaya.

Yang penting, mesti legal dan tidak melanggar undang-undang.

Seronok kan, bila grad dapat 2 perkara : IJAZAH dan DUIT!

{ 0 comments }

Selamat Pagi Ayuh Kita Bersyukur!

Salam semua pembaca LynaNoh.com. Sekiranya anda menanti sebarang update dari blog saya ni, insya-Allah saya akan kongsi lebih banyak lagi pengalaman saya menjalankan bisnes ini dan cabaran-cabarannya.

Untuk semua saya tujukan lagu ini.

{ 0 comments }

Bina Empayar Bisnes Mahasiswa

Bisnes ada macam2 jenis, seperti mana yang menjalankan bisnes juga. Ada yang suka bisnes sekejap2, contohnya jual biskut raya. Sekali jual, untuk RM10,000 (contoh) cukuplah. Cari peluang bisnes lain pula.

Dalam pada itu ada yang mahu membina bisnes yang berpanjangan. Tidak hanya untuk bulan ini atau tahun ini, tapi sampai bila-bila.

Inilah yang dikatakan ‘Empayar Bisnes’. Bukan untuk dapat untung yang sekejap, tapi membina bisnes yang berpanjangan serta luas pengaruhnya.


Bagaimana mampu seorang Mahasiswa membina sebuah empayar bisnes, sedangkan mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran? Sesungguhnya mereka bertuah kerana hidup di zaman teknologi ini, di mana pelbagai jenis bisnes mampu dibina melalui internet sahaja. 

Di iReach, kami telah membantu ramai usahawan membina empayar bisnes masing-masing, yg hanya dilakukan dari rumah dan secara separuh masa sahaja!

Adakah anda mahu menjadi sebahagian darinya?

{ 0 comments }

Peluang Bisnis Untuk Mahasiswa

Perlukah seorang mahasiswa melakukan sesuatu untuk mendapatkan wang, misalnya bekerja separuh masa, atau menjalankan bisnis?

Sepupu saya, membiayai pelajarannya tanpa meminjam dari mana-mana pihak. Tiada PTPTN, tiada pinjaman boleh ubah, tiada biasiswa. Dan tidak juga dibiayai ibu bapa!

Beliau bekerja di sepanjang pengajian. Dari pendapatan itulah beliau melunaskan kos pembelajarannya. Apakah pelajarannya terabai? Dah tentu tidak! Beliau menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang.


Bagaimana perasaannya bila bekerja tanpa perlu membayar hutang (loan belajar)? Marvellous!

Beliau tidak terbeban dengan komitmen bulanan untuk melunaskan pinjaman, dan tiada risiko blacklist.

Bagaimana pendapat anda?

Apakah Bisnis yang Sesuai  Bagi Mahasiswa?

Mahasiswa pastinya sibuk dengan kelas, assignment, kerja kumpulan dan sebagainya. Jadi, tentulah tidak mempunyai banyak waktu untuk melakukan perkara lain termasuk bisnes.

Namun begitu, adakah ini bermakna mahasiswa tidak sesuai menjalankan perniagaan? Sudah tentu tak! Di zaman teknologi ini, sesiapa pun mampu lakukan apa-apa saja.

Oleh kerana mahasiswa begitu sibuk dengan urusan pelajaran, bisnes yang  paling sesuai ialah bisnes yang tidak melibatkan modal, tidak melibakan stok, tidak melibatkan urusan yang banyak.

Bagaimana bisnes stail dropship tapi bukan setakat menjual barang sahaja, tapi juga mendidik mahasiswa membina jatidiri serta kepimpinan. 

Adakah anda berminat untuk mengetahui jenis bisnes sebegini dengan lebih lanjut?


Hubungi segera ===> CONTACT MASTER LYNA

{ 1 comment }

Buat julung-julung kalinya, Shaklee Malaysia menganjurkan satu program yang sangat penting dan bermanfaat besar kepada seluruh pengedarnya – Shaklee Business Leader National Conference 2017 yang berlangsung pada 18 Februari di Sunway Pyramid Convention Centre.

Program ini dihadiri oleh lebih 2000 pemimpin perniagaan Shaklee dari seluruh negara.

Pelbagai pengisian menarik telah disediakan oleh pihak Shaklee Malaysia. Antaranya yang paling menarik ialah kedatangan ketua saintis Shaklee, Dr Bruce Daggy memberikan penerangan tentang LandMark Study yang dijalankan ke atas produk Shaklee dan juga kewajipan pengambilan suplemen di abad ini. Beliau juga mengadakan forum bersama seorang doktor perubatan ternama dan pakar pemakanan dari hospital ternama di Malaysia untuk membincangkan tentang kepentingan suplemen.

Klik video di bawah untuk merasakan auranya.

{ 0 comments }