Kenangan Terindah 2017

2017 bakal melabuhkan tirai dalam seminggu lagi. Sudah pasti banyak sorotan 2017 masing-masing kan? Kita dah terbiasa dengan terma ‘tahun baru azam baru’ jadi eloklah kita sama-sama perbaharui azam untuk tahun 2018.
 
 Antara kenangan terindah 2017 saya adalah apabila dijemput untuk menjadi speaker pada majlis gilang gemilang Shaklee Malaysia – NATIONAL CONVENTION. Lebih indah kerana saya bukan berseorangan tapi berganding dengan pemilik rusuk kiri – suami tercinta di atas pentas yang berprestij itu.
 

 Kami mula bersedia sebulan sebelum majlis tersebut. Sama-sama mencari bahan dan isi untuk dikongsi bersama-sama hadirin pada hari tersebut.
 
 Sebenarnya bergandingan bersama di pentas Shaklee ni bukan sesuatu yang mudah bagi saya. Kerana pada permulaan saya memulakan bisnes Shaklee, suami tak pandang langsung. Tak pandang tu OK lagi, malah suruh saya berhenti dan jangan berbisnes Shaklee lagi.
 
 Maklumlah sejak berkahwin, kami sama2 menceburkan diri dalam pemasaran digital sehingga mendapat jemputan untuk menjadi speaker dalam seminar bisnes di USA… Apa lah sangat Shaklee yang MLM ni.
 
 Tapi kerana kedegilan saya, kini kamu suami isteri sama-sama berganding bahu mengukuhkan dan membantu rangkaian kami yang mahu berjaya dalam bisnes ini.
 

 Kepada isteri-isteri yang sedang struggle membina bisnes untuk membantu suami mengukuhkan ekonomi keluarga, you are not alone. Bagaimana saya meyakinkan suami yang pernah menyuruh saya BERHENTI satu ketika dulu hingga beliau menjadi orang kuat bisnes kami hari ini, ada saya kongsikan dalam speech saya semasa Shaklee Convention yang dikompilasikan dalam eBook ni. Silakan download ==> BUILD TO LAST EBOOK BY iREACH.
 
 
 
 – Posted using BlogPress from my iPhone

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Instagram