Bagaimana Status Bisnis MLM Menurut Syariah Islam?

Semasa belajar dahulu, saya pernah diajak oleh kawan untuk menyertai satu MLM. Daftar, bayar RM500, dapat produk, produk guna sendiri, kemudian cari 3 orang kawan yang mendaftar dan buat belian RM500. Proses itu berulang-ulang dan kesannya saya bakal menjadi kaya.

Siapa tak teruja? Lalu saya gunakan duit biasiswa.. mendaftar dan mula menjadi seorang ahli bisnis MLM.

Malangnya, langit tak cerah seperti yang dijangka. Saya rupanya tak pandai nak berdepan dengan prospek. Setiap kali pergi ke event syarikat, saya jadi semangat. Bila balik, jadi tak reti. Seingatnya saya tidak berjaya mendaftarkan sesiapa pun.

Lagi satu tidak masuk ke jiwa saya, cara ahli-ahli kumpulan. Setiap kali habis event, bersosial di kedai mamak sampai tengah malam. Saya tak selesa macam tu, walaupun ada kawan yang menghantar ke rumah dengan kereta. Akhirnya saya berhenti.

Ada saja di kalangan kawan saya yang berjaya, sampai ke luar negara mereka pergi. Mungkin tidak sesuai dengan jiwa saya.

Pada tahun 2007, saya diperkenalkan dengan satu produk oleh senior universiti, juga rakan sepejabat. Ketika itu saya mengandung anak pertama. Saya mula mengamalkan produk ini sehinggalah anak lahir dan menyusukannya.

Bersambung ke anak kedua, dan saya ambil keputusan untuk menjalankan bisnis. Memandangkan saya dah guna, dah rasa dan rasa seronok nak kongsi dengan orang lain.

Semasa saya mula-mula menjalankan bisnis ini, saya pun tak tahu tentang multilevel. Saya cuma melalukannya kerana saya seronok. Paling saya suka, saya tak perlu ke mana-mana. Saya cuma di depan komputer saja, seperti sebelum-sebelumnya yang mana saya dah mula berbisnes online. Saya pun tak perlu nak berjumpa sesiapa. Semuanya di hujung jari.

KERJA DI RUMAH

Tanpa diduga saya mula naik pangkat ke Supervisor. Dari situ saya mula membina kumpulan. Mula belajar tentang ciri-ciri MLM yang patuh syariah. Anda boleh rujuk dalam dokumen ini.

MLM tidak sepatutnya haram, kerana ia cuma satu sistem jualan produk berasaskan ejen. Ejen-ejen ini akan dibayar oleh syarikat mengikut jualan dan latihan kepada kumpulan masing-masing. Malangnya sistem ini boleh dimanipulasi.

Bukan itu saja, ada pihak yang menggunakan nama ‘MLM’ untuk sistem piramid yang mereka jalankan untuk menipu orang. Akhirnya, nama MLM yang tercalar.

Beza MLM dengan bisnis konvensional ialah, MLM membuat marketing menggunakan ejen. Oleh itu jarang kita jumpa papan iklan atau iklan di TV dengan produk MLM. Ejen-ejen inilah yang menjimatkan kos marketing, menjadikan syarikat boleh menggunakan penjimatan marketing untuk perkara-perkara lain seperti dana untuk kajian produk dan untuk me-reward ejen.

Ada juga syarikat ‘MLM’ yang mengambil kesempatan mengenakan harga produk yang terlalu mahal dan tidak sepadan dengan kualitinya.

Berhati-hatilah memilih syarikat MLM, jangan kelabu mata dengan janji-janji cepat kaya. MLM ni sama saja seperti bisnis lain, cuma anda ada team dan mentor yang boleh membimbing anda. Dan anda pula perlu membimbing team anda.

Anda mahu menyertai kami di iReach? Anda akan dibimbing untuk membina empayar bisnis anda sendiri, hanya dari rumah sahaja. Bekerja atau tidak, belajar atau sudah graduate, anda sangat kami alukan.

Hubungi saya (Mommy Lyna) di LINK INI.

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Instagram