15 Idea Bisnes Untuk Mahasiswa dan Pelajar Universiti

Saya masih ingat semasa saya belajar dulu. Kami menerima wang biasiswa sebanyak RM500 untuk satu semester. Untuk duit makan, memang lebih dari cukup. Tapi kita jiwa remaja bukan perlukan duit untuk makan saja, kita ada banyak agenda nak buat, bukan? Bagaimana nak cari duit lebih? Anak orang kaya mungkin boleh bermewah dengan duit emak bapa mereka…. tapi kalau mak ayah kita pun cukup-cukup makan, di mana kita nak minta duit?

Di sini saya nak kongsikan 15 bisnes yang sesuai dilakukan oleh pelajar universiti. Yang tidak perlukan modal besar dan boleh dilalukan bila-bila waktu di masa lapang!

  1. Beli buku teks terpakai dan jual kepada rakan-rakan sekampus atau pun universiti lain secara online.
  2. Sewakan bilik sewa anda (sekiranya menyewa) semasa bercuti.
  3. Jadi runner untuk delivery di sekitar kampus.
  4. Membuat servis menukar format CD kepada MP3.
  5. Jadi instructor untuk online course.
  6. Freelancer dgn menggunakan skill yang dimiliki, contohnya membina website, membuat terjemahan, dsb.
  7. Khidmat hadiah dan hamper untuk pelajar di kampus.
  8. Ambil gambar dan jual di picfair.com.
  9. Perkhidmatan proofreader.
  10. Menjual set ‘welcome pack’ kepada pelajar baru.
  11. Menjalankan perkhidmatan mengutip baju dobi pelajar.
  12. Tulis blog yang menarik sehingga menarik perhatian pemilik bisnes lain untuk advertorial.
  13. Buat vlog atau vine hingga menjadi viral.
  14. Hasilkan majalah e-classified untuk peniaga lain mengiklankan bisnes mereka.
  15. Menjalankan bisnes Shaklee tanpa modal dengan bantuan mentor terbaik Malaysia.

Yang mana satu yang sesuai? Perlu buat sedikit kajiselidik diri sendiri, yang mana satu yang sanggup difokus dan dijalankan hingga berjaya.

Yang penting, mesti legal dan tidak melanggar undang-undang.

Seronok kan, bila grad dapat 2 perkara : IJAZAH dan DUIT!

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Instagram