Alhamdulillah, kami sekeluarga baru saja pulang dari negara matahari terbit – Jepun!

japan

Ini adalah kali ketiga kami ke negara ini. Namun kali ini berbeza dari trip-trip sebelumnya. Selain kami belum pernah menjejakkan kaki ke wilayah Nagano, trip ini juga adalah ditanggung sepenuhnya! Kami berlima, dengan suami dan anak-anak saya.. katakanlah kalau bajet untuk seorang dalam RM20,000… utk keluarga kami saja RM100,000 diperlukan. Tapi apa yang kami bayar? Percuma.

Ia adalah trip insentif Shaklee Malaysia untuk pemimpin2 bisnes untuk pencapaian sepanjang cycle 2016/17.

Seramai 130 orang pemimpin bisnes Shaklee telah menyertai trip ini. Trip yang memakan perjalanan sejauh lebih 800km ini bermula dari Nagoya dan berakhir di Tokyo. Jom kita tengok itinerari trip ni. Kot-kot ada yang nak ambil idea.

13 Mei – Day 1

Kami semua berkumpul di KLIA seawal jam 5 petang untuk penerbangan pada jam 8.50 malam. 2 pesawat digunakan untuk membawa rombongan Shaklee ke Jepun iaitu Thai Airways dan Singapore Airlines.

IREACH JAPAN

Kami menaiki pesawat Thai Airways. Penerbangan mengambil masa selama 10 jam termasuk transit di Bangkok selama 2 jam. Kami tiba di Nagoya lebih kurang jam 8 pagi waktu tempatan.

14 Mei – Day 2

Sampai saja di Chubu Centrair International Airport, Nagoya (airport ni dibina di sebuah pulau buatan), kami dijamu dengan sarapan pertama di bumi Jepun – onigiri!

nasi kepal

Untuk kesegaran diri pagi-pagi ni, kami mandi dengan body wipes beli kat Daiso. Kalau kat Jepun memang banyak jual body wipes. Macam2 jenis dan lagi best. Rasa macam mandi berjam-jam lepas tu.

Selepas tu, kami dibawa ke Toki Premium Outlet yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kalau nak ke outlet ni dengan menaiki public transport, boleh naik airport train ke Nagoya Station, tukar train, ambil Chuo Line ke Tokishi (arah Nakatsugawa). Sampai di Tokishi boleh ambil bas atau teksi ke Toki Premium Outlet.

Toki Outlet ni kecik dan tak banyak sangat pun kedainya. Kami pun tak shopping apa-apa pun. Kalau nak shopping best, kat Gotemba best dan besar. Gotemba dekat dengan area Fuji. Tapi kalau kat Nagoya ni Toki je lah yang ada. Kat tempat lain ada banyak. Banyak betul outlet kat Jepun. Harganya pun dikatakan second murah dari outlet di USA.

japan5

Di Toki Outlet ni tak ada prayer room. Manager tempat ni sediakan ruang untuk solat di pejabatnya, khas untuk rombongan Shaklee. Bagus kan. Yang tak sempat solat (dia bagi sela masa sejam je) boleh solat di mana-mana ruang kosong. Bersih semuanya, jangan risau.

Habis agenda di Toki Premium Outlet, kami dibawa ke penginapan pertama di sini – Gero Suimeikan. Ia adalah sebuah hotel berkonsepkan ryokan (rumah Jepun tidur di atas lantai tatami & futon) dan onsen (tempat mandi orang Jepun). Perjalanan ke Gero Suimeikan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Toki. Kalau nak ke sana dari Toki, boleh naik bas balik semula ke Nagoya Station, kemudian ambil JR Hida Line ke Gero Station (arah Takayama).

ryokan

Sampai saja di hotel, kami diberi pakaian yukata (kimono kain cotton) dan terompah.

Disebabkan kami datang berlima, kami diberi family room. Family room di sini terdiri dari 2 katil single dan 3 futon. Menarik kan ada 2 pilihan nak tidur mana. Tapi kesudahannya kami semua tidur di futon. Futon ni nampak macam toto tapi sangat selesa. Tak adalah sakit belakang ke apa ke.

Di dalam bilik hotel di Jepun ni, disediakan yukata sepasang seorang. Untuk hotel2 berkonsepkan Jepun macam ni, kita boleh pakai yukata tu keluar jalan2. Tapi kalau di hotel2 berkonsepkan kebaratan, yukata hanya untuk dipakai dalam bilik saja. Tak boleh pakai di luar. Di lobi pun tak boleh. Tapi di sini, semua orang jalan2 di lobi ngan yukata. Siap keluar jalan2 di sekitar Gero lagi.

Masuk-masuk ke bilik, ada 5 bungkusan Furoshiki menunggu di atas meja. Furoshiki adalah cara orang Jepun membalut barangan terutamanya hadiah. Ia telah digunakan di Jepun sejak 1200 tahun dahulu.

hadiah

Di dalamnya terkandung….

hadiah2

Yahooo! Barangan Shaklee dari Jepun yang tak ada di Malaysia! Sangat mengujakan. Sedap ni ESP macam2 perisa.

Malam itu kami dijamu dgn kaiseki dinner dalam berpakaian yukata hotel. Kaiseki ialah fine dining cara orang Jepun. Pengalaman baru kerana kami tak pernah makan fine dining di Jepun. Mana taknya, kalau trip sendiri kita banyak makan onigiri je, hehe.

MASTER FREDDIE SHAKLEE

Kaiseki yang disediakan untuk leader Shaklee ni bukan calang2. Biasanya kaiseki dinner ada 8-10 hidangan, tapi untuk kami ada 14 hidangan! Puas hati makan. Dan makanannya pun sihat-sihat dan sedap. Alhamdulillah.

Dah siap makan2 semua haruslah bergambar kan. Rasa sangat terharu bila tengok 3 insan kecil di situ. Itulah dia anak2 yang selalu tidur jam 1 pagi, bergantung2 di kaki sambil saya buat2 kerja bisnes. Kerana mereka lah saya kuatkan hati untuk terus berShaklee.

KAISEKI DINNER

Malam belum tamat lagi… Saya ambil kesempatan untuk jogging satu round di sekitar Gero. Sejuk betul dan suasana pun dah sunyi. Yang buka pun kedai runcit 24 jam je. Tapi cantik sangat.

Rasanya saya tak boleh nak habiskan cerita trip ni dalam satu entry. Saya sambung nanti ya untuk hari2 berikutnya yang lebih best di Jepun. Insya-Allah.

ireach shaklee spectacular

 

Anda nak travel sekeluarga secara percuma?
Tanyalah saya bagaimana. CONTACT SAYA DI SINI.

Lyna Noh,
iReach TravelPreneur

Travel percuma bersama keluarga sejak 2013.

{ 3 comments }

Saya masih ingat semasa saya belajar dulu. Kami menerima wang biasiswa sebanyak RM500 untuk satu semester. Untuk duit makan, memang lebih dari cukup. Tapi kita jiwa remaja bukan perlukan duit untuk makan saja, kita ada banyak agenda nak buat, bukan? Bagaimana nak cari duit lebih? Anak orang kaya mungkin boleh bermewah dengan duit emak bapa mereka…. tapi kalau mak ayah kita pun cukup-cukup makan, di mana kita nak minta duit?

Di sini saya nak kongsikan 15 bisnes yang sesuai dilakukan oleh pelajar universiti. Yang tidak perlukan modal besar dan boleh dilalukan bila-bila waktu di masa lapang!

  1. Beli buku teks terpakai dan jual kepada rakan-rakan sekampus atau pun universiti lain secara online.
  2. Sewakan bilik sewa anda (sekiranya menyewa) semasa bercuti.
  3. Jadi runner untuk delivery di sekitar kampus.
  4. Membuat servis menukar format CD kepada MP3.
  5. Jadi instructor untuk online course.
  6. Freelancer dgn menggunakan skill yang dimiliki, contohnya membina website, membuat terjemahan, dsb.
  7. Khidmat hadiah dan hamper untuk pelajar di kampus.
  8. Ambil gambar dan jual di picfair.com.
  9. Perkhidmatan proofreader.
  10. Menjual set ‘welcome pack’ kepada pelajar baru.
  11. Menjalankan perkhidmatan mengutip baju dobi pelajar.
  12. Tulis blog yang menarik sehingga menarik perhatian pemilik bisnes lain untuk advertorial.
  13. Buat vlog atau vine hingga menjadi viral.
  14. Hasilkan majalah e-classified untuk peniaga lain mengiklankan bisnes mereka.
  15. Menjalankan bisnes Shaklee tanpa modal dengan bantuan mentor terbaik Malaysia.

Yang mana satu yang sesuai? Perlu buat sedikit kajiselidik diri sendiri, yang mana satu yang sanggup difokus dan dijalankan hingga berjaya.

Yang penting, mesti legal dan tidak melanggar undang-undang.

Seronok kan, bila grad dapat 2 perkara : IJAZAH dan DUIT!

{ 0 comments }

Selamat Pagi Ayuh Kita Bersyukur!

Salam semua pembaca LynaNoh.com. Sekiranya anda menanti sebarang update dari blog saya ni, insya-Allah saya akan kongsi lebih banyak lagi pengalaman saya menjalankan bisnes ini dan cabaran-cabarannya.

Untuk semua saya tujukan lagu ini.

{ 0 comments }

Bina Empayar Bisnes Mahasiswa

Bisnes ada macam2 jenis, seperti mana yang menjalankan bisnes juga. Ada yang suka bisnes sekejap2, contohnya jual biskut raya. Sekali jual, untuk RM10,000 (contoh) cukuplah. Cari peluang bisnes lain pula.

Dalam pada itu ada yang mahu membina bisnes yang berpanjangan. Tidak hanya untuk bulan ini atau tahun ini, tapi sampai bila-bila.

Inilah yang dikatakan ‘Empayar Bisnes’. Bukan untuk dapat untung yang sekejap, tapi membina bisnes yang berpanjangan serta luas pengaruhnya.


Bagaimana mampu seorang Mahasiswa membina sebuah empayar bisnes, sedangkan mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran? Sesungguhnya mereka bertuah kerana hidup di zaman teknologi ini, di mana pelbagai jenis bisnes mampu dibina melalui internet sahaja. 

Di iReach, kami telah membantu ramai usahawan membina empayar bisnes masing-masing, yg hanya dilakukan dari rumah dan secara separuh masa sahaja!

Adakah anda mahu menjadi sebahagian darinya?

{ 0 comments }

Peluang Bisnis Untuk Mahasiswa

Perlukah seorang mahasiswa melakukan sesuatu untuk mendapatkan wang, misalnya bekerja separuh masa, atau menjalankan bisnis?

Sepupu saya, membiayai pelajarannya tanpa meminjam dari mana-mana pihak. Tiada PTPTN, tiada pinjaman boleh ubah, tiada biasiswa. Dan tidak juga dibiayai ibu bapa!

Beliau bekerja di sepanjang pengajian. Dari pendapatan itulah beliau melunaskan kos pembelajarannya. Apakah pelajarannya terabai? Dah tentu tidak! Beliau menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang.


Bagaimana perasaannya bila bekerja tanpa perlu membayar hutang (loan belajar)? Marvellous!

Beliau tidak terbeban dengan komitmen bulanan untuk melunaskan pinjaman, dan tiada risiko blacklist.

Bagaimana pendapat anda?

Apakah Bisnis yang Sesuai  Bagi Mahasiswa?

Mahasiswa pastinya sibuk dengan kelas, assignment, kerja kumpulan dan sebagainya. Jadi, tentulah tidak mempunyai banyak waktu untuk melakukan perkara lain termasuk bisnes.

Namun begitu, adakah ini bermakna mahasiswa tidak sesuai menjalankan perniagaan? Sudah tentu tak! Di zaman teknologi ini, sesiapa pun mampu lakukan apa-apa saja.

Oleh kerana mahasiswa begitu sibuk dengan urusan pelajaran, bisnes yang  paling sesuai ialah bisnes yang tidak melibatkan modal, tidak melibakan stok, tidak melibatkan urusan yang banyak.

Bagaimana bisnes stail dropship tapi bukan setakat menjual barang sahaja, tapi juga mendidik mahasiswa membina jatidiri serta kepimpinan. 

Adakah anda berminat untuk mengetahui jenis bisnes sebegini dengan lebih lanjut?


Hubungi segera ===> CONTACT MASTER LYNA

{ 1 comment }